PERISIAN HAMPARAN ELEKTRONIK




    • Definisi- Helaian kerja saintifik yang disusun mengikut baris dan lajur yang                         dicipta, disunting, diolah dan dipaparkan oleh komputer. Dalam                             perisian ini, data dapat dipaparkan, dipadam dan disunting                                   dengan mudah. 





    • Contoh-contoh perisian hamparan elektronik adalah Microsoft Excel, Lotus 123, Supercalc dan Quatro Pro.


    • Ciri-ciri hamparan elektronik adalah membolehkan paparan dibuat dalam bentuk jadual dan carta untuk memudahkan pengguna menggarap maklumat hasil olahan data.



KEGUNAAN PERISIAN HAMPARAN ELEKTRONIK



         Perisian hamparan elektronik boleh membantu pengguna untuk menyimpan data,   

         melaksanakan pengiraan yang kompleks dan menghasilkan output sama ada dalam 

         bentuk elektronik atau bentuk cetakan. Hal ini menjimatkan masa dan tenaga 
         berbanding hamparan manual, iaitu catatan pada helaian kertas. selain penggunaan 
         nombor dalam hamparan elektrik, terdapat beberapa kegunaan lain yang popular 
         seperti:
        
         
         1. Borang
             - template borang boleh diwujudkan untuk mengendalikan inventori, penilaian, 
               ulasan prestasi, kuiz, helaian masa, maklumat pesakit dan tinjauan.

         2. Sekolah dan gred
             - Guru boleh menggunakan hamparan elektronik untuk menjejaki nama pelajar,  
               mengira gred dan mengenal pasti data yang relevan, seperti markah tinggi dan 
               rendah.         
 

         3. Senarai
             - Menguruskan senarai dalam hamparan elektronik merupakan contoh data yang 
               tidak mengandungi angka, tetapi masih boleh digunakan. Contoh, membuat 
               senarai seperti nombor telefon, tugasan dan senarai runcit.

         4. Sukan
           - Hamparan elektronik boleh menjejaki statistik pemain kegemaran anda atau 
             statistik pada keseluruhan pasukan. Dengan data yang dikumpul, anda juga boleh 
             mencari purata, skor tinggi, dan data statistik.

         5. Kewangan
           - Hamparan elektronik adalah sesuai untuk data kewangan seperti maklumat akaun, 
             belanjawan , transaksi, bil, invois, resit, ramalan dan sistem pembayaran yang 
             dikendalikan.
         

      Kegunaan umum perisian hamparan elektronik 
      kepada pengguna adalah seperti berikut:
      a) Menyimpan rekod
         b) Memadam rekod
         c) Menyunting rekod
         d) Menyusun dan mengisih rekod
         e) Membuat pengiraan matematik, statistik dan kewangan berdasarkan formula dan 
             fungsi
         f) Memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta



Fitur-fitur Perisian Hamparan Elektronik


Microsoft Excel adalah salah satu perisian hamparan elektronik yang penting untuk membuat pengiraan serta analisis pengvisualan data dan maklumat.Perisian ini membantu untuk menyusun memproses data menggunakan lajur dan baris dengan formula dan beberapa ciri yang hebat.Kecekapan Microsoft Excel adalah dengan wujudnya ciri-ciri berikut : 

a) Vlookop ()

Vlookop berfungsi mencari nilai dalam jadual dengan mengembalikan nilai yang sepadan. Dalam erti kata lain ,vlookop mencari nilai yang diberi dan mengembalikan nilai yang sepadan dari lajur yang lain.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, lihat sintaks berikut dan contohnya.




Dalam sintaks di atas, lookup_value ialah nilai untuk dicari.Nilai tersebut boleh menjadi teks,tarikh atau nombor.Table _array ialah data atau jadual, yang mengandungi nilai carian di lajur kiri dan nilai pulangan dalam lajur yang lain. Col _index_num ialah nombor lajur dalam table_array yang nilai dalam baris sebanding harus dikembalikan. Dalam contoh di bawah, terdapat nama dan markah pelajar dalam mata pelajaran yang berbeza dalam ruang B hingga E. 




Berdasarkan data di atas, kita perlu mengetahui markah yang diperoleh Jeff bagi subjek Matematik. Inilah formula VLOOKUP yang akan memulangkan skor Matematik Jeff:





Pertama, sistem akan mencari nilai Jeff dalam Nama dan mendapati nilai dalam sel A9. Setelah mendapati nilai skor Matematik Jeff. Sistem ini akan ke kanan pada lajur kedua 
(Matematik) dan mengambil nilai di dalamnya. Gambar berikut menunjukkan hasil carian markah Jeff.





(b) Pembinaan Carta

Carta adalah salah satu ciri terbaik yang digunakan untuk menggambarkan sumbangan setiap nilai kepada carta yang dipilih dan sentiasa menggunakan satu siri data.

Contoh:Ikuti langkah -langkah di bawah untuk membuat carta pai:
Pilih julat A1 : D2.





Klik pada tab Insert dalam kumpulan Carta,klik simbol Pai dan kemudian klik Pai.




Selepas mengklik carta Pai, imej berikut menunjukkan hasilnya.





(c) Pemformatan Bersyarat(Conditional Formatting)

Pemformatan bersyarat membolehkan pengguna mengubah atau menyerlahkan nilai-nilai tertentu atau membuat sel-sel tertentu mudah dikenal pasti.Selain itu, pemformatan ini boleh mengubah rupa julat sel berdasarkan keadaan atau kriteria. Pengguna boleh menggunakan pemformatan bersyarat untuk menyerlahkan sel yang mengandungi nilai yang memenuhi syarat tertentu akan memformatkan seluruh sel dan mengubah format yang tepat kerana nilai setiap sel berbeza-beza.

Dengan pemformatan ini, pengguna boleh menonjolkan ralat dan mencari pola penting dalam data. Pemformatan bersyarat boleh menggunakan fon asas dan format sel seperti format nombor,warna,fon dan sifat fon lain dan warna sel.Selain itu,terdapat pemformatan bersyarat yang berbeza yang membolehkan proses visual data dibuat menggunakan set ikon,skala warna atau bar data.


(d) Pembinaan Jadual
Jadual yang dihasilkan dan dipersembahkan adalah mewakili data yang diperoleh.Data biasanya berbentuk teks dan nombor agar dapat difahami dengan lebih jelas oleh pengguna.

Jadual dalam MS Excel terbentuk daripada formatting ke atas sheet yang mengandungi data. Antara kesan format yang biasa dikenakan ke atas sheet termasuklah memberikan warna untuk table header,mewujudkan border di sekeliling cell dan range, kesan kepada alignment teks dalam sheet termasuklah kesan orientation.







TUGASAN SUBJEK : KEMAHIRAN BELAJAR( GKB1053)

NAMA PENSYARAH: ENCIK AG AHMAD BIN AG SIRING





















Comments